KEK COKLAT TAMPA TELUR
Sekejap lg kita akan tinggalkan 2011..Biarkan lah ia pergi dgn aman..Semoga hari2 yg mendatang akan lebih membahagiakan kita...Inshaallah...Mama sedih juga nk tinggalkan tahun 2011 ni sbb banyak sgt kenangan manis dan pahit yg mama lalui....Tapi mama tetap bersyukur sbb yg pahit tk sepahit mana cuma mama sedih saja..Boleh d katakan sepanjang perjalanan tahun 2011 ni mama lalui dgn baik dan tenang cuma d akhir2 ini sahaja mama d beri dugaan ...Pun tk seberat mana..tuhan masih sayang kan mama dan keluarga mama..Syukur Alhamdulillah..Cuma yg mama sedih mama d duga dgn bibik yg tk lepas ujian imigresen dan terpaksa d hantar balik dgn segera...Bibik mama d dapati ada penyakit batuk kering yg sgt bahaya itu..Dia akan d hantar pulang pd 4 jan ini..Sedih hati mama tidak terkira..Dugaan....
Mama harap ada sinar baru yg lebih bercahaya menanti mama d tahun 2012 ini..Dgn rasa syukur mama mengucapkan selamat datang 2012 semoga hidup mama sekeluarga akan lebih baik serta mendapat keberkatan dari ALLAH swt..
Untuk menutup buku mama tahun ini mama ada membuat kek coklat tampa telur ..Resepi ini d ambil dari blog http://www.secubitgaramnor67.com/ ..Mmg sedap ..walaupun tk bubuh telur tapi ..wooooo..mmg sedap...Baru kejap ni kawan mama Puan Esah .dtg rumah....Mama jamu dia..Dia pun kata sedap...Terima kaseh pd Puan Nor .Mama betul2 terhutang budi pd anda..Anda telah membuka ruang untuk mama belajar..Terima kasih daun keladi.....SELAMAT TAHUN BARU
KEK COKLAT TAMPA TELUR..( Minta halal ya Puan Nor dr secubit Garam )
Bahan-bahan :1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang) mama guna koko biasa aja..
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung ~ k.nor guna melted butter ( mama guna minyak masak )
1 sudu kecil cuka atau jus lemon ( mama tk bubuh )
Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.
*