Assalamualaikon...hai dah lama rasa mama tak update bloq..Tak tahu lah apa nak jadi...Sejak akhir2 ni mama rasa malas saja..Penyakit ni kalau menyerang ..memang tak ada ubat..tapi mama tak pernah lupa baca bloq anak2 mama yang rajin2 memasak. Tak payah lah mama cakap sapa kan nanti ada yang kecik hati pula..Sebenarnya semua mama suka...Mama tahu ada peminat mama ternanti mama update bloq..Sori la n o..penyakit M sedang melanda diri mama..
Sekarang ini kita sudah rasa bahang orang nak mengundi sebab dah dekat dgn pilihanraya..Sana sini orang bercakap tentang politik. Sampai dalam masjid pun ada juga orang nak bercakap tentang politik
Bagi mama pendapat mama lah..Kita orang bawahan tak usah lah nak kempen macam pak menteri tu.
Biar dia orang saja lah yang mengempen habisan2..Kita ni orang bawahan saja..silap haribulan ..kita bergaduh sesama kita..Kita ni bukan pandai sangat..Sayangi lah persahabatan kita yang yang telah kita bina bertahun2 ..tak kan kita nak biar dia putus begitu saja.dgn hanya isu yang remeh2..
Pilihanraya ni hanya datang 5 tahun sekali..Sebagai rakyat biasa kita sepatut nya menjalankan tanggung jawab kita kepada negara dengan aman..Kita turun menggundi..Pilih lah siapa yang kita suka..Siapa yang kita pilih ..itu ada lah hak kita..Tak usah nak gaduh2..Ini tidak..masing2 dok kata pilihan mereka ada lah yang terbaik..Sebenarnya buat apa pun kalau benda yang baik akan dapat pahala..ok..Kita senyum pun dapat pahala..betul tak...jadi senyum la selalu..toksah dok bergocoh.
Tak dapat apa..sapa yang rugi..kita dan keluarga kita juga yang rugi..
Ni lagi satu mama pening..Yang calon2 DUN tu pun kalau nak berkempem ..berkempen lah cara berhemah...beritahu pengundi2 apa yang mereka nak buat apabila mereka menang kelak....ini tidak ..dok asyik bagitau apa yang pihak lawan tak boleh buat kalau mereka menang..haish sakit jiwa betul..memang panas..sampai meletop2 sana sini dengan bom...Kalau dah pandai sangat buat bom p la bom Israel nu..kan lebih baik..Ini bom bangsa kita sendiri ..nasib tak kena tok nenek kita..
Ni lagi satu cerita...ada kawan mama ni dulu mama ingat dia pendiam dan pemalu..
Tak banyak bercakap..Alih2 dekat nak mengundi ni dia jadi peramah pula....bercakap tak henti2..Sudah pandai berceramah ugama mengalah ustaz di masjid..kalau betul2 pandai tak apa..kita boleh terima..ini tidak..yang ado saja.....Hampeh betul..Mama rasa ustaz pun tak macam tu..Kawan2 mama yang lain2 tu mula la nak lari aja bila jumpa dia..Kesian juga mama tengok dia ni..tapi dia ni jenis muka tembok..tak kisah asal aku dapat bercakap..Bercakap benda yang sama..berulang2 benda yang kita dah tahu..malah kita lebih tahu tapi kita tak bercakap saja..Sebab kita tak mahu cari gaduh..dan kita sangat sayang siratulrahim yang telah kita bina bertahun2 lama nya ..sayang kan..
Nak bercakap tu cakap lah...kerana itu hak dia bercakap..mama tak kisah..tapi harus di ingat pesan orang tua2...kalau kail panjang sejengkal..lautan dalam jangan di duga...Nanti malu diri sendiri.
Ewah..mama dah macam ustazah pula..Cukup la no setakat ini..penat dah mama..ok esokk2 kita jumpa lagi ..love you all..
Lebih baik mama menayang siakap kukus limau mama yang baru mama masak tadi,.
Dapat juga faedah kan..jemput makan...hahahha..