Kalau nk ikutkan hati mmg byk yg nk mama ceritakan d sini.. Tk kan habis2.tp mama nk lupakan sekejap masaalah mama ni..Mama nk hibur kan hati mama dgn hobi mama ni... Biar la utk hari ini mama nk masuk kan entry buat kueh pula..Sebenarnya mama dh buat banyak kali puding roti karemel ni tp baru hari ini mama berpeluang masukkan dlm blog mama..Puding ni sgt senang d buat..Kos nya pun tk mahal..Mama kan suka masak yg simple..cepat ..dan tentu sekali yg sedap..Anak mama Amat sampai tunggu mama habis masak ..Dia tk sabar nk ngap..Ayh pun sama..dia kata sedap..Tapi yg nyata mmg sedap..Resepi ni mama ambik dr blog http://www.secubitgaramnor67.com/ ..kalau nk tahu lebih lanjut lawat la blog Pn Nor ok..Terbaik... ..Terima kasih banyak2 sbb sudi share dgn org2 seperti mama yg tk pandai memasak ni..mama dh buat byk kali ..semua nya Alhamdulillah menjadi...Minta d halalkan ya sbb mama nk share pula dgn anak2 mama...
Ini lah puding roti karemel yg mama masak sekejap tadi..nampak sedap kan..
PUDING ROTI KARAMEL
Bahan-bahan3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus ( gula hangus ni mama suka banyak sikit..sedap..
4 keping roti gardenia. ( mama guna 5 keping )
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis ( mama guna 4 biji )
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam) ( Mama guna 2 cwn air suam )
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan ( mama guna 1 cwn susu )
esen vanilla (1sk)
Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) -
Selamat mencuba....
No comments:
Post a Comment