Tak apa la,,Daripada tak ada langsung baik Mama cerita tentang perjalanan mama ke Kuala Rompin..hari Jumaat lepas...Sebenarnya mama pegi Kuala Rompin ikut rombongan anak angkat mama Shafa yang bertandang sebelah pengantin lelaki..Mama pegi dgn Ayah ..Rahmat dan Adam cucu mama..Kami bertolah pukul 11 pagi..Kami singgah di Jempol sbb Ayah nak solat Jumaat...Mama memang lupa nak tangkap gambar masjid tu..Rugi nya mama sbb masa tu orang ramai ...parking berhimpit2 jadi mama duduk dalam kereta..tunggu kot2 ada kereta yang nak keluar.. Selepas solat member2 yang lain tunggu lagi sbb ada lagi saudara yang tertinggal tapi mama ngan Ayah teruskan perjalanan dan janji nak jumpa kat Muadzam..
Jadi kami pegi dulu..Sampai di Muadzam kami sempat pusing2 tengok pekan Muadzam...Sunyi ..mungkin kerana cuti sekolah. Pusing punya pusing mama jumpa kedai HPA..Mama singgah beli kopi radix sbb kopi mama dah habis,,Alang2 dah jumpa stokist dia lebih baik beli terus..Sekali ni kopi yang mama minum ada lah kopi radix Muadzam .Kami singgah makan nasi..Ayah ngan mama makan nasi goreng..Rahmat ngan Adam makan nasi ayam..Sedap..boleh tahan la..Minum air teh..air carrot..air fresh oren..dan air belimbing..Semua sekali 18.00 Rm..sangat murah..Boleh datang lagi macam ni..
Bila member2 yang lain sampai..mama pun bertolak.ke Tanjung gemuk..Kuala Rompin..Kami sampai dalam pulul 6 ptg. Homestay yang kami duduk betul2 berhadapan dgn Masjid Tengku Mahkota Abdullah..Boleh tahan besar juga masjid tu...Ayah solat kat masjid tu..
Bila malam kami di jemput ke ruman pengantin lelaki umtuk makan malam...Walaupun kampung..rumah bunglow tersergam indah..Cantik..dan orang2 di sana semua peramah mengalu2kan kedatangan rombongan kami.Kami di layan dgn penuh kemesraan...Orang Berbudi Kita berbahasa..Orang Memberi Kita Merasa..Indah sungguh peribahasa ni..Mama bersyukur sangat ..kerana masih ramai yang masih mengamalkan kan peribahasa ini..jgn sampai kita hilang nilai2 murni dalam diri kita..lepas makan kami pun balik ke homestay..Emak pengantin lelaki ni ada lah cikgu sekolah teknik dan bapa nya ada lah pengetua sekolah..Sekolah mana mama tak tau..
Keesukan hari baru majlis persandingan..Meriah sungguh..Ramai tetamu yang hadir..Majlis bertemakan warna biru....Yang nak tergelak tu pengapit untuk pengantin lelaki tiba2 ada hal..Jadi kalam kabut juga lah dok cari pengapit ganti..Last2 suruh Rahmat jadi pengapit ganti,,Mula2 tu Rahmat jual mahal juga..tapi bila mama pujuk baru dia mahu..Dia tak mahu sbb dia tak pakai baju melayu..tapi baju kemeja yang dia pakai masa tu warna biru juga...Boleh la padan dengan baju pengantin..Tak sangka anak mama jadi pengapit..Hensem nya Rahmat....Ayat pujuk.la konon.....hehehe..Tak pa la cari pengalamann..Jgn lepas ni kau nak kawin sudah lah..
Selepas kenduri kami balik homestay..rehat dan tido..lepas bangun mama bersiap2 nak balik KL sbb mama ada satu lagi kenduri dekat Tanjung Malin..Letih tuhan saja tahu..tapi mama sangat happy..
Terima kasih tidak terhingga kepada Kak Dah ibu pengantin perempua yang telah mengajak Mama ngan Ayah..dan tak lupa kepada Orang2 sebelah pengantin lelaki terutama kedua ibubapa Kamil
kerana telah memberi layanan yang sangat istimewa..Semoga persahabatan kita kekal hingga ke
akhir hayat..Kepada pengantin baru di ucapkan Selamat Pengantin Baru semoga kekal hingga ke syuga..Hingga jumpa lagi..bye..
Disini lah mama beli kopi radix Muadzam..
Ini Masjid Tengku Mahkota Abdullah Kuala Rompin..Ayah sempat berjemaah di sini untuk 2 waktu..Best kan..Masjid ni betul2 di tepi homestay..Mula2 tadi Ayah solat di Masjid Jempol..tapi mama tak sempat nak amik gambar masjid tu..frust betul..Mama kan suka amik gambar masjid..sejuk hati memandang..
Selamat pengantin Baru..Semoga kekal ke syurga..
Itu Rahmat pengapit bidan terjun..kelakar kan...malu2 kucing dia..
Bagai pinang di belah dua..sama cantik dan sama padan.
Semasa makan beradap..
Ini mama bersama pengantin perempuan dan keluarga..Emak pengantin ini ada lah sahabat baik
mama.
tak lama lagi makan nasik minyaklah mama...sebab rahmat dah praktis dah tu....hihihi...
ReplyDeleteMinta2 tu jgn la lagi..habiskan degree dulu..keja baru bleh kawin..
Delete