Wednesday, 11 April 2012

KEJUTAN...

Selamat Pagi semua....

Dalam kita dok seronok2 menjalani kehidupan kita seharian ini..tiba2 kita dikejutkan dgn amaran tsunami..Anak buah mama call mama cakap ada gegaran yg kuat juga di Penang..Perak dan kedah..Yang duduk di Apartment yg tinggi bergegas bawa anak lari turun ke bawah..Keadaaan menjadi kelam kabut..Dan ada di antara mereka yg dah trauma takut akan peristiwa tsunami berulang lagi..

Walaupun sudah hampir 8 tahun peritiwa tsunami ini berlalu tapi ia masih segar dalam ingatan kita kerana peristiwa ini sangat meruntun jiwa raga kita..Kita tidak boleh melupakan nya.mungkin sampai bila2...Kita amat takut ia berulang lagi..Status di facebook pun jgn cerita lah..sana sini menceritakan hal tsunami ni..Insaf terasa..tapi tak tahu untuk berapa lama..hanya Allah saja yang mengetahui..

Memang betul..perkataan tsunami tidak pernah keluar dari mulut kita dulu..sehinggalah berlaku peristiwa itu mengakibatkan ratusan ribu nyawa mati dan jumlah yg msih hilang pun belum di temui..
Bagaikan di hentam letupan nuklear beberapa kawasan menjadi kawasan padang jarak padang terkukur.Semua nya musnah sekelip mata di telan ombak besar  bernama tsunami ini..Subhanallah....

Bagi kita yang beragama islam ini kita yakin apa yang berlaku di muka bumi ini ada lah ciptaan tuhan yang maha berkuasa..Malah makhluk ciptaan Allah seperti manusia ternyata tidak boleh mencipta atau mewujudkan sebarang bencana kecuali dgn kehendaknya....

Kita mesti menerima  setiap kejadian itu dgn penuh keinsafan dan ketakwaan ...dan berdoa kepada tuhan semoga .kita di dalam perlindungan nya.selalu...Inshaallah......Jumpa lagi ...Assalamualaikom.

8 comments:

  1. Salam Mama Ann,
    Saya mendapat tahu mengenai berita ini apabila adik saya menelefon saya dari Penang. Masa tu saya tengah mengadap pc update blog, lebih kurang jam 5.00 petang. Dia tanya rumah x bergegar ke? Saya hairan juga, kenapa? Katanya gegaran yang kuat dan amaran tsunami telah dikeluarkan. Saya tinggal di Keramat. Memang x ada gegaran langsung di kawasan perumahan saya. Mungkin saya tidak rasa, tetapi saya tengok anak-anak jiran bermain di kawasan rumah dengan riang sekali. Bersyukur sekali dengan nikmat yang Allah berikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di tempat mama pun tidak terasa gegaran itu..Kita harap tidak ada apa2 lah yang buruk berlaku..

      Delete
  2. mama.. saya suke baca entry di bwah ni. mana langit dijunjung tu.. betul la kan.. harta banyak tu ujian yang lagi susah untuk dilalui. ujian dalam senyap, virus dalam sihat. mcm kanser yang memebunuh hati.. bahaya dari ujian hidup susah. sebab kalau susah kita sentiasa berdoa..bermohon.. merayu dan diberi kesedaran hidup yang tinggi. apa2 pun berbalik pada iman ..betul kan mama..

    dan ini bersangkut paut jugak la kejadian yang dahsyat kesedaran yg Allah bagi. tak kira dah pergi sejauh antartika.. tak kira diberi harta setinggi gunung everest.. jika Allah kaata ;kun fayakun'.. maka semua2 nya sama.. bersengsara.. berdukacita.. melara merata2.. yang hidup ialah hati yang mengingati Allah dan mengingati mati. kan.. haa panjag dah nih. sebab gram gak baca peel peel manusia mcm mama cerita tu.. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kata Izah tu...Kalau tuhan berkehendak maka ia akan terjadi..Jangan lah bila kita di duga dgn kesusahan saja ..maka kita ingat akan kematian..Sebelum ajal menjemput maka beringat2 lah semua..

      Delete
  3. itulah...rasa takot sgt dengar berita semalam...harap2 cuaca, semua ok la...kat sabah pulak asik hujan je semalam. risau pulak kalo ribut. tapi alhamdulillah takde pape jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 lah kita berdoa pd tuhan minta di jauhkan segala bencana..

      Delete
  4. memang menakutkan kalau diingat kembali tsunami yg berlaku dulu....Syukur Alhmdulillah, kali ni tak jadi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menakutkan tapi Kita mesti berhati2..bahaya ada di mana2..

      Delete