Thursday 15 March 2012

WAJIB BACA...

Mama dh lama nk masuk kan entry  dari Media Permatang Pauh ini..Dia menbicarakan perihal wanita..Mungkin kerana kita baru saja menyambut hari wanita tempoh hari...Terlebih dahulu mama nk ucapkan ribuan terima kasih kepada MPP ni kerana anda sudi menyelami hati kaum hawa ini..Semoga ramai kaum Adam yg membuka mata setelah membaca  entry anda ini..
 
Mula2 mama malas nk baca sbb panjang sangat dan masa tu mama tk ada mood.. tp ntah mengapa hari ini mama baca entry tu ..Selepas mama baca mama rasa mama bahagia sekali dan bertuah menjadi saorang wanita..
Disebalik semua itu, wanita sebenarnya adalah insan yang paling setia.., dengan syarat, dirinya ditatang dengan kekuatan perasaan cinta..

Wanita sebenarnya perlukan penghormatan dari lelaki selain perhatian didalam hidup. Mereka tidak mahu dipandang remeh kerana merekalah bakal mencorakkan hidup seseorang lelaki sepanjang usianya..

Sememangnya wanita perlukan perhatian.., bukan untuk mengada-ngada diri, tetapi untuk melembutkan hati dan meletakkan setia itu disatu peringkat paling tinggi..
Dan pada masa yang sama, mereka juga mampu melukakan hati keras lelaki tanpa perlu berkata-kata.., dan juga secara perlahan-lahan.. Hebat kann?

Secara realiti.., lelaki sebenarnya tak mampu mengetahui apa yang dimahukan oleh seorang wanita.. Seluruh dunia akan terpaku jika dapat melihat isi hati mereka..

Bicara mereka sangat tersirat, dan nada mereka selalunya mencabar hati..Mama sangat setuju dgn MPP ini..MPP telah memberi penghargaan yg setinggi2 nya dan mengangkat mertabat kita kaum hawa ini..Terima hasih yg tidak terhingga.. Dan mama harap dapat lah anak2 mama baca enrty ini sampai habis..Betapa indah nya menjadi saorang wanita..Alhamdulillah ..Syukur kepada Allah..
 
Mengapa Hawa dicipta ketika Adam sedang tidur... Wajib Baca!!!

Menurut pakar psikologi.., seorang lelaki jika dia kesakitan, maka selalunya akan membuatkan timbul dalam hatinya rasa benci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya..


Seandainya Hawa diciptakan dari Adam alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari rusuknya hingga dia membenci Hawa.

Akan tetapi Hawa diciptakan Tuhan pada Adam saat dia tertidur.. Ia semata-mata agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan anak dalam keadaan terjaga, dan adakala melihat kematian dihadapannya.. Namun begitu.., semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia sanggup menebusnya dengan kehidupannya sendiri.

Ada syair arab mengatakan.., sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi kalbu lelaki (jantung, hati nurani).

Oleh kerana itu, tugas Hawa menjadi ratu di hati lelaki.

Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang setia jika fahami sebaiknya.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang diberitahu oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.”

Maksud kata baginda tersebut adalah.., wanita itu harus difahami, dijaga dengan baik dan dikawal agar tak memudaratkan..

Maka wahai Adam.., janganlah merendahkan perasaan Hawa.. Kerana dia memang diciptakan seperti itu..

Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis didalam hati..

Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf...

Dan percayalah..., wanita amat susah untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang...

p/s: Moral of the story..., cubalah sayangi dan fahami wanita disekelilling korang.. Sesungguhnya.., wanita tu adalah anugerah terindah buat lelaki...

2 comments:

  1. Assalamualaikum mama...

    Ntry ni sangat menarik...Betulkan mama, betapa indahnya menjadi seorang wanita...

    ReplyDelete
  2. Waalaikom salam.. MP ..Syukur pd tuhan kita di takdirkan jadi wanita..

    ReplyDelete