Wednesday 27 March 2013

ALLHAMDULILLAH..TERTUNAI SUDAH HAJAT..

Salam semua...Alhamdulillah. setelah sekian lama mama menyepi diri kini mama kembali dengan semangat ingin mengupdate kan blog yang sudah semakin...hilang d telan dek bumi..hahaha..
Sudah hampir 2 minggu mama balik dari umrah....tapi mama masih menyepi diri..Mama tahu mama ada silent readers yang menanti2 warkah dari mama..tak sangak ya walaupun blog mama macam biskut chipsmore tapi ada yang menunggu2 ketibaan nya..Terima kasih lah...Anda lah pembakar semangat mama untuk terus berkarya..ewah..ewah..malu mama..Setakat ini .ada lah  5 atau 6 kawan2 mama yang datang melawat mama..Yang lain semua nak tunggu mama sihat sikit baru nak datang..tapi  mama ada bercakap  melalui talipon dengan mereka....Itupun mama tak boleh bercakap lama sbb batuk teruk.....Walau bagaimana pun mama sangat bersyukur kepada Allah kerana sepanjang mama  berada di sana Mama Ayah dan Rahmat sentiasa di beri Allah kesihatan yang sangat baik..dan dapat menjalani ibadah dengan tenang tanpa ada gangguan apa2..

Sampai saja di Kota Madinah mama betul2 terharu dan menangis kerana mama tidak pernah menyangka yang satu hari mama akan sampai dan bersolat di Masjid Nabawi..Dgn berkat doa selama ini tuhan mengizinkan mama dgn Ayah kesana..Bertapa bersyukur nya mama kepada Allah..selama ini mama hanya mendenga cerita dari kawan2 yang pernah pergi sahaja..Sekarang ini mama merasa nya sendiri..Macam2 perasaan yang menerjah diri ini..sedih ..pilu ..hiba gembira..dan macam2 lagi..

Dalam hidup mama ..Ini lah perjalanan pertama mama yang paling jauh  meninggalkan Malaysia..dan apabila mama berada dia sana..Mama berasa sangat bertuah menjadi rakyat Malaysia kerana kemana kita pergi  orang tetap mengenali Malaysia dan orang menghormati Malaysia..Setiap kedai pak Arab yang kita masuk semua akan tersenyum bila sebut Malaysia dan mereka menyebut2 nama bekas perdana menteri kita Dr Mahadzir....Di dalam hati kecil mama ...mereka ini tahu siapa Dr Mahadzir bekas perdana menteri kita..sedangkan kalau kita tanya orang kita di sini mungkin ada yang tidak kenal siapa Dr Mahadzir..kalau ada yang kenal pun buat2 tak kenal..Di dalam masjid pun bila mereka tahu kita orang Malaysia..mereka akan terus bersalam dan ada yang peluk kita..Mama rasa sangat bahagia..kerana sepanjang mama berada di Masjid Nabawi ada saja..orang yang baik menghulur air zam zam untuk minum..selepas solat..

Begitu juga lah ketika mama berada di Masjidil Haram di Mekah..Ada2 saja anak2 yang datang menghulurkan air zam zam selepas solat...Mereka salam dan peluk mama..dan masa tu lah mama teringat sangat anak2 angkat mama di Malaysia yang kesemua nya baik2 belaka terhadap mama..Dan ada perkara yang tak boleh mama lupakan ialah ketika menyambut hari ibu..selain dari anak mama yang mengirim bunga ..ada diantara anak2 angkat mama ini yang sudi juga menghantar bunga kepada mama..Betapa nikmatnya hidup mama ini..Dari nak bertolak ke Mekah sampai lah mama balik ni..mama sentiasa menerima sms dari anak2 angkat mama mendoakan kesihatan mama dan keluarga supaya dapat menjalankan ibadah dgn sempurna dan selamat pegi dan balik..Nikmat nya hidup ini...Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan mama sehingga mama dan keluarga selamat menunaikan ibadah umrah dengan sempurna dan selamat pergi dan balik...semoga segala ibadah mama dan keluarga di terima Allah..dan kepada semua anak2 angkat mama ..mama juga berdoa untuk kalian semua di hadapan kaabah agar di beri Allah pertunjuk dan hidayahnya..menjadi anak2 yang soleh dan solehah..rezeki yang murah..kejayaan di dunia dan akhirat
kedudukan yang terbaik ..kesihatan yang terbaik...dan seterus mendapat kebahagian dunia dan akhirat dan sehingga ke syurga hendaknya..
.
Seperti biasa Selepas balik dari Mekah dalam 2 -3 hari tu mama kurang sihat sikit..batuk2 dan badan terasa lemah..nak demam..Ayah pun begitu juga..Batuk2 dan terus demam..Hingga kini Ayah belum sihat sepenuh nya lagi..Masih batuk2 lagi..Rahmat saorang saja yang maintain..tak jadi apa2 ...hari mula balik saja dia rasa letih dan nak demam..lepas tu dia ok. ..Orang muda..mungkin anti body dia kuat..syukur Alhamdulillah..

Ustaz kata kalau balik Mekah batuk2 dan demam ..itu perkara biasa..kalau tak sakit itu perkara luar biasa..hahahahaha..mungkin Amat luar biasa la tuh..
Di Madinah sangat sejuk..tapi di Mekah sangat panas..Habuk sana sini sbb kebanyakan hotel2 di Mekah sudah di robohkan..dan hotel baru didalam pembinaan..jadi sudah tentu habuk banyak..
Pertukaran cuaca itu mungkin juga membuat kita yang sudah tua ini tidak tahan dengan keadaan itu..Sbb tu bila balik Malaysia kita kondem habis..Walaubagaimana pun itu satu pengalaman yang terindah dalam hidup mama..Doa mama semoga di jemput lagi ke Mekah untuk menunaikan haji pula..Sama2 lah kita berdoa..Ok lah setakat ini lah dulu dari mama ..semoga kita jumpa lagi d lain hari sambut lah salam sayang dari mama untuk semua..Assalamualaikom...


Gambaran Masjid Nabawi seawal subuh.

 
Selepas tawaf kali pertama umrah wajib..
 
Saie bersama Ayah...
 
 
Kenangan miqat di Bir Ali bersama Ayah..
Semoga kenangan ini bukan lah kali terakhir dan doa mama semoga mama dgn Ayah di jemput lagi ke sana untuk menunaikan haji pula..InsyaAllah..
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment