Saturday 14 July 2012

TERKILAN...

Assalamualaikom..selamat pagi..Sebenarnya mama sedang menunggu waktu nak pegi kenduri bertunang anak kawan mama..Sementara menunggu waktu ni tiba2 hati tergerak nak update bloq..
Rasa dah agak lama bloq mama ini di tinggalkan..Kesian pula kat blog mama..Soriiii ya,,.dia mesti menanti2 akan kehadiran mama ..Semenjak anak mama dalam pantang ni mama sibuk sangat..dan bila dah free sikit badan pula terasa sangat letih..Tapi mama sentiasa lawat blog anak2 mama..Rasa terhibur hati bila mama membaca blog..Ada yang buat lawak sampai mama tersengeh2 sorang2..

Rumah mama sentiasa ada tetamu..Maklumlah Kawan2 datang menziarah Maryam Medina yang kecik ni..Alhamdulillah kuning dah tiada..Dia semakin sihat..Mummy dia pun sihat juga.

Mama sedih dan betul2 terkilan baca surat kabar semalam..Perceraian warga emas hanya kerana tak sependapat dlm politik..Sanggup bercerai..Subhanallah..Apa nak jadi dunia akhir zaman ni..Sampai macam tu sekali punya marah si suami kepada isteri nya..Marah sikit2 sudah lah..pastu baik2 lah balik..macam cerita Hindustan tu..Ini sampai bercerai berai kerana benda yang remeh2..Kata si suami dia cerai bukan kerana politik tapi kerana isteri nya sudah sesat.. dan ingkar dgn suami..sedangkan si isteri pula kata dia seorang guru ugama..sentiasa solat lima waktu..dan sentiasa patuh dgn ajaran islam....Yang si suami kata dia sanggup rujuk semula asal si isteri patuh dgn suami..Si isteri pula kata dia sudah tawar hati dan biar lah dia  hidup sendiri sederhana ...Allah....huakbar.

Yang buat hati mama betul2 tersentuh tu pasangan tu bukan orang muda tapi sudah senja...Fikir lah habis2 sebelum buat keputusan nak bercerai tu.. Kita ni sudah tua..Bak kata perpatah rumah kata pergi dan kubur kata mari..Malu pada orang muda2 dan pada anak2 kita....Kita yang tua ni sepatutnya tunjuk tauladan yang elok pada yang muda2 ni supaya mereka dapat meneruskan tradisi kita sampai bila2..Tak sayang kah usia perkawinan kita yang sudah lama tu..Apa yang kita mahu dalam hidup kita ni....Politik tu tak akan kemana..Semua kita akan mati bertemu Allah yang satu..Apa yang kita bawa nanti hanya lah amalan kita yang satu ini..Syurga neraka bukan milik kita ..dan bukan kita yang tentukan..Semua tu milik Allah dan Allah yang menentukan..

Sepanjang mama kawin Ayah tak pernah tanya mama undi parti apa..dan mama pun begitu..Ayah akan buat segala2 nya untuk mama ..Siap isi borang untuk mama ..Mama cuma pegi undi saja..Ayah tak pernah kisah ...Kami tidak pernah bergaduh pasal politik..mungkin kerana kami tidak pernah taksub tentang politik..Tetapi sebagi rakyat Malaysia kami tetap menjalankan tanggung jawab mengundi..Undi siapa ..Oh nononono...itu hak kita dan menjadi rahsia..

Kepada anak2 mama..Usah lah bergaduh pasal politik ni..Buat rugi masa aja..Banyak lagi benda yang berfaedah yang boleh kita buat..
Tak payah lah nak bergaduh2 pasal politik ni..Bagi mama lah update  blog lagi bagus..Pahala pun dapat kalau kita dapat share ilmu dgn kawan2..Banyak lagi kerja lain yang kita boleh buat...Masak makan lagi bagus....Buat Apam polkadot ka..Kek keramel ka...Bingka labu ke..Serimuka ka...masak laksa ka....pegi tengok wayang ka.....Hati pun senang dan perut  pun kenyang...Ok lah..Nak merapu dah mama ni..nanti jumpa lagi ya..

4 comments:

  1. pulak dah....ade jugak sampai bercerai berai gara2 politik.

    ReplyDelete
  2. Itu lah Nani..Sedih kan..kalau dah taksub dgn sesuatu kita sanggup buat apa saja walaupun berlawanan dgn kehendak agama..Ini la fenomina akhir zaman..

    ReplyDelete
  3. sedap name cucu mama ann ..tahniah :D ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih shazrina...Nama tu biasa2 aja..

      Delete