Monday 31 December 2012

SELAMAT TAHUN BARU..

Selamat Tahun Baru pada semua...Bertemu lagi kita di sini pada tahun baru ini..Gedebush..Gedebush bunga api di tembak semalam.Mungkin meriah kot..Tapi.mama tak tengok pun bunga api semalam..sbb mama keletihan melayan cucu mama yang dua orang ni lepas bawa mereka pergi tengok cucu satu lagi  Maryam Medina masuk hospital kerana demam panas..Tetapi sudah beransur pulih dan mungkin hari ini keluar hospital..Kesian Medina dia demam panas..Orang lain seronok sambut tahun baru dia sambut kat hospital...Badan nampak susut sikit sbb tak nak minum susu..Semoga Allah memelihara cucu2 mama itu..

Mama sangat bersyukur kepada tuhan..kerana masih di beri kesempatan dan peluang untuk mama menikmati hari2 yang mendatang dan seterus mengecapi nikmat2 yang tuhan beri..Semoga dengan kedatangan tahun 2013 ini akan menjadikan kita lebih bersyukur dgn apa yang telah di berikan oleh ALLAH kepada kita sekeluarga..dan berazam tahun 2013 ini juga akan lebih menyinari kehidupan kita dan lebih mendapat barakah nya..Doa kita juga semoga di beri kesihatan yang baik dan di jauhkan segala kejahatan.Dan yang paling penting dalam hidup kita ialah jgn sekali2 ALLAH goyahkan iman kita setelah di beri pertunjuk..sesungguhnya ALLAH tidak pernah berlaku kejam terhadap unat2 nya selain umat2 nya sendiri yang melakukan kejam terhadap diri sendiri..

Mama seperit biasa..Kalau di sebut tentang azam..Mama rasa azam  mama seperti tahun2 yang lalu juga....Inginkan  yang terbaik untuk hari2 seterusnya..Semoga mama  sekeluarga mendapat barakah nya..Alhamdulillah berkat doa semua mama kembali sihat walaupun tidak sepenuh nya tapi mama masih berusaha kearah itu.. Hari ke hari mama beransur sembuh dari penyakit mama ini..Alhamdulillah mama bersyukur sangat2 kerana dugaan yang di beri hanya sekejap saja..Walaupun mama rasa dugaan itu cukup perit dan sangat menduga mama sehingga mama pernah terfikir...  thats the end of me..Rupa2 nya tAllah masih menyayangi mama dan setiap dugaan ALLAH itu AllAH datang kan  bersama penawar nya sekali...Kita hambanya ini hanya perlu bersabar dan redho dengan ketentuan nya..Allah sentiasa menduga hamba2nya  untuk menduga sejauh mana kesabaran dan at last kalau kita berserah ..bersabar ..dan berusaha mencari penawar nya ..Insyaallah kita akan di beri balasan yang baik juga..InsyaAllah mama dapat menjalankan ruti harian mama seperti biasa....Terima kasih ya ..kepada semua yang telah mendoakan kesihata mama..

Akhir sekali mama harap anak2 mama semua berazam la untuk menjadi yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga..Belajar mensyukuri nikmat tuhan..Berusaha memperbaiki kesilapan  semalam supaya kita semua dapat menjalani kehidupan lebih bermakna pada tahun 2013 ini..Bak kata lagu
P Ramle..Buang yang keruh ambil yang jernih..supaya teguh peribadi..
Assalamualikom....jumpa lagi..








No comments:

Post a Comment