Sunday 1 January 2012

SELAMAT DATANG 2012...


Selamat datang 2012.Syukur Alhamdulillah  kita masih d sini...sihat walafiat d beri Allah...Dapat meneruskan kehidupan kita seperti biasa..Mama seperti biasa..rasa nya tk ada azam juga .seperti anak mama Julia ..Kalau ada azam sekali pun kalau tiada usaha kearah itu tk guna juga kan..Jadi apa kata  dlm setiap apa yg kita buat ..buat lah dgn bersungguh2 ..Jadi lah manusia yg berguna dan rajin berusaha  dan bertawakal lah  kpd Allah...Tk kira bila2 masa pun..tahun ni ka atau tahun2 yg akan datang..

Untuk pembukaan tahun 2012..mama buat kueh puding sagu pelangi....Mmg dh lama mama nk cuba buat puding ini tapi masa belum mengizinkan..Baru hari ini hajat termakbul..Pada tahun baru pula tu..Mama gembira sangat  kerana ini pertama kali mama buat..boleh d kata ia berjaya ..tapi tentang colouring mama tk berapa pandai..Tapi bleh kan....Ayah bagi markah C+..Ada mama kesah.....Mama sambut tahun baru dgn cuba membuat puding ini..Rasa nya sedap..tk manis sgt..Kos pun tk banyak..senang ..cepat dan sedap...ini lah slogan mama hari ini dan selama nya..

Resepi ini mama ambil dlm blog  ..http://www.secubitgaramnor67.com/   ..Mama really love you Puan Nor,,sbb setiap resepi yg mama buat bleh d kata kan semua menjadi..Terima kasih...minta halal ya.. Walaupun tk cantik mama nk tunjuk juga  d sini dan nk share dgn anak2 mama..


PUDING SAGU PELANGI.( minta halal ya. )

Bahan-bahan :
  • 1 cawan biji sagu putih
  • 1 liter air
  • 20 gm serbuk agar-agar ( mama gunakan yg biasa aja )
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 3 helai daun pandan
  • 1 tin susu cair (400ml, boleh guna santan)
  • 3 jenis pewarna kegemaran
Cara Membuatnya
1.    Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih.Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.
2.    Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.
3.    Dalam sebuah periuk yg lain, masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan, masak hingga mendidih.
4.    Masukkan susu cair.Kemudian tutup api
5.    Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau.
6.    Cedok 200 ml larutan agar-agar tadi dan masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau.
7.    Ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sago digunakan. Sejukkan di dalam peti ais...
NOTE:
Untuk setiap lapisan saya masukkan ke dalam freezer (1-2min) suhu max. Supaya puding cepat membeku

3 comments:

  1. assalamualaikum mama..
    mekasih sudi singgah blog saya. puding ni pasti sedap kan. saya suke kalau ada resepi menggunakan sagu ni. pasal yang markah tu kan, teringat suami saya pun suka bagi gred a, b, c. hehe..

    dan salam perkenalan dari saya

    ReplyDelete
  2. Salam pengenalan juga drpd mama..Happy blogging.

    ReplyDelete
  3. salam mama, tak per lah tak cantik atau dpt A+ asal rasanya lebih dr A+ kan.. :)

    psst.. jgn la panggil puan nor.. segannyer.. panggil nor aje la ya ma :)

    ReplyDelete